Husband dah banyak kali suruh cuti sebab dah sarat sangat dah. Runding punya runding, saya pun setuju la untuk mohon cuti sebaik saja siap kertas kerja untuk bentang kepada Najib, iaitu Khamis yang lalu. Bos pun terkejut bila siap hantar kertas kerja skali dengan borang mohon cuti. Nasib baik diluluskan. Rakan-rakan sepejabat pun saya tak sempat nak bagitau awal2.
Saya bukan lah seorang yang workaholic. Tapi, bila cuti sorang-sorang tanpa husband temankan cuti sama-sama, sangatlah membosankan. Kalau di office, tak de masa nak fikir perkara remeh atau yang merisaukan mcm sakit bersalin atau asyik fikir tentang baby yang bakal dilahirkan. Masa bergerak jauh lebih pantas bila berada di pejabat (oh, saya sangat sakit hati bila orang kata pegawai kerajaan kerja relaks je...bodoh betul generalize mcm tu). Bila cuti di rumah...penantian itu satu penyeksaan! Tak sabar nak jumpa si dia! Baru hari ke-3 cuti, dah rasa nyesal sikit mintak cuti awal (walaupun husband kata biasanya orang memang akan mula cuti seminggu sebelum due date). Tapi, tak leh nak cancel cuti sebab (1) malu la nanti tetiba ada di office sedangkan dah minta cuti (malu sikit aje); (2) badan dah tak larat nak harungi traffic jam; (3) husband tak izin.
To kill time, saya main 'Age Of Empire III: Asian Dynasties' dan 'Sim 3', surf internet dan masak2. Smlm cuba resepi baru...tak berapa jadi (sedih tau bila penat2 masak tapi hasil tak menjadi)...tapi t'ubat hati bila husband makan habis jugak...tak la sia2 sgt penat tu, masih boleh ditelan..hehehe...teruknya!, isteri sape la tu!...hehehe...
Sepatutnya bersalin Ahad ni. Ada 5 hari lagi. Entah baby akan keluar lebih awal atau lebih lewat. Tak dapat nak agak langsung. Risau juga sebab doktor (private clinic) scan last week dan bagitau plasenta dah mula 'mature'. Kalau baby best sangat lepak dalam perut mama dia & keluar lambat, saya takut nanti plasenta tak dapat supply oksigen dan makanan yang cukup kepada baby. First time pregnancy ni, macam2 yang dirisaukan. Husband saya kata "terlebih fikir". Haha.
Setiap Selasa/Khamis, check-up di klinik kerajaan di Kajang. Setiap Sabtu, check-up di klinik pakar (swasta), Bangi. Check-up di klinik Kajang sangat meletihkan sebab prosesnya berjam-jam semata-mata untuk timbang berat, check urine dan check degupan jantung baby. Berjam-jam sebab ramai sangat orang. Saya tanya nurse, boleh tak kalau saya tak datang appointment check up di Klinik Kajang ni sebab saya dah buat di swasta. Nurse kata tak boleh, kena datang jugak. Harap2 hari ni last time saya kena g appointment di Klinik Kajang...pastu baby selamat dilahirkan.
Wah..dah cuti..lepas bersalin lagi la bosan sebab lagi banyak masa x tau nak buat apa, nak gi shopping pun x boleh..so time2 macam ni ajak la husband awak bawa awak jalan2 naik kereta..makan angin je pun dah ok..
ReplyDeletekalau saya, asalkan ade buku byk2, a comp with internet connection, baju2 utk dijahit manik2....rasenye dah leh survive....
ReplyDelete