Friday, June 19, 2009

Kelas Antenatal

Hari Ahad yang lalu (14/06/09), saya & husband hadiri kelas antenatal anjuran Klinik Pakar An-Nur. Best sangat. Pagi penuh dengan ceramah/talk daripada pakar bidang masing2 (agama, gyno, breastfeed, nursing, stem cell, dan sebagainya) manakala sebelah petang, aktiviti bersenam dan latihan pernafasan sewaktu labour.


Rupanya, banyak sangat perkara yang saya tak tahu walaupun saya dah baca beberapa buku-buku dan website untuk persediaan. Mungkin, bila perkara-perkara tersebut dijelaskan oleh pakar, baru lebih nampak dan difahami.

Kelas antenatal tu dari 8.30 pagi sampai 5.30 petang. Risau juga kalau waktu sedang sakit nak bersalin, terlupa cara-cara pernafasan (cara berlainan untuk peringkat berlainan). Harap sangat waktu bersalin, husband ada di sebelah untuk jadi 'coach'.

Kebanyakan pasangan di kelas antenatal ni adalah yang bakal mendapat anak pertama. Cuma ada dua pasangan je yang due anak kedua/ketiga. Kelas ni cuma ada 20 pasangan je...atau maybe tak sampai 20, saya tak sure. Husband pun nampaknya enjoy sepanjang kelas (dia nampak ngantuk waktu ceramah tentang susu formula je). Kebanyakan pasangan memang baya2 kitorang je (20s and 30s).

Oh ye, kami juga sign-up untuk StemLife...simpan sel stem baby untuk 21 tahun. Mana tahu, suatu hari nanti berguna untuk baby, adik2nya, atau ibu bapanya sendiri atau maybe someone else. Terutamanya ibunya yang selalu sakit belakang.

Sebab sekarang saya selalu kurang sihat, tahun ni sambutan anniversary (1 Jun) hanya di sekeliling Kajang dan Bangi...tak dapat pergi melancong macam tahun lepas. Terkejut juga bila husband decide untuk belikan gelang emas. Memang cantik (saya dapat pilih sendiri, dia takut kalau dia pilih nanti saya tak berkenan). Bila balik rumah, saya dah terlalu letih. Husband kata, baby tendang2 dalam perut pun saya tak sedar sebab tidur keletihan. I had a really great day.

Sekarang, ada sambutan birthday husband, birthday wife dan anniversary (kitorg tak sambut hari m'risik & b'tunang). Next year, ada tambahan sambutan birthday...birthday baby!

Tahun lepas, ada gambar raya berdua aje, me&hubby. Tahun ni, nanti ada gambar beraya bertiga, me&baby&hubby! Excited nya!!!!

No comments:

Post a Comment